Sejarah keluaran GNOME

Versi sekarang

Versi 3.2 telah dilepaskan pada 28 September 2011 dan merupakan versi terkini bagi meja GNOME. Versi ini menumpukan keutuhan antara muka, pasukan GNOME menambah opsyen kepada layar rosak (crash-screen), supaya pengguna tidak lagi perlu gunakan baris perintah untuk selesaikannya. Beberapa ciri baru juga telah disertakan, ini termasuklah akaun atas talian (dengan penyepaduan bagi perkhidmatan seperti Google Documents, Gooogle Calendar dan Google Contacts), di samping sokongan bagi aplikasi web.

Keluaran terkini

GNOME Shell, ciri utama bagi GNOME 3.0

Versi 3.0 persekitaran meja ini dikeluarkan pada tanggal 6 April 2011.[6] Pengumuman tentangnya telah dibuat di persidangan GUADEC Julai 2008 di Istanbul. nama kod ToPaZ (singkatan bagi Three Point Zero) telah diperkenalkan sekitar 2005[7] dan buat satu jangka masa yang lama hanyalah sekadar tempat mencurahkan idea kasar. Beberapa mock-up telah dicipta sebagai sebahagian daripada proses perah otak ToPaZ.[8]

Walaupun falsafah sekitar GNOME memandatkan perubahan dengan menambah baik, namun persekitaran meja ini menerima pembaikpulihan besar dengan GNOME Shell.[9]

Keluaran 2.X terakhir

Versi 2.32 merupakan keluaran besar terakhir yang dirancang sebelum versi 3.0[10] yang dikeluarkan pada bulan September 2010. Keluaran ini menaiktaraf pelanggan IM Empathy, Evince, dan pengurus fail Nautilus.

Apabila diuji, GNOME 2 (versi 2.29) menunjukkan penggunaan ingatan yang lebih rendah berbanding KDE 4.4, tetapi lebih tinggi berbanding Xfce 4.6 dan LXDE 0.5 (yang juga berasaskan GTK+ seperti mana GNOME).[11]

Keluaran yang lepas

VersiTarikhMaklumat
Ogos 1997Pembangunan GNOME diumumkan[12]
1.0Mac 1999Keluaran besar GNOME pertama[13]
1.0.53Oktober 1999"October"[14]
1.2Mei 2000"Bongo"[15]
1.4April 2001"Tranquility"[16]
2.0Jun 2002Penaiktarafan besar berasaskan GTK2. Pengenalan Panduan Antara Muka Manusia.[17]
2.2Februari 2003Penambahbaikan pengurus fail dan multimedia.[18]
2.4September 2003"Temujin": Epiphany, sokongan kebolehcapaian.[19]
2.6Mac 2004Nautilus berubah kepada pengurus fail ruang, dan dialog fail GTK+ baru diperkenalkan. Cecabang GNOME yang berhayat pendek, GoneME, dicipta sebagai tindak balas kepada perubahan yang diperkenalkan bagi versi.[20]
2.8September 2004Menambah baik sokongan peranti boleh alih, menyertakan Evolution.[21]
2.10Mac 2005Keperluan ingatan lebih rendah dan peningkatan prestasi. Menambah: aplet panel baru (kawalan modem, pendakap pacu dan trashcan); dan aplikasi Totem serta Sound Juicer.[22]
2.12September 2005Penambahbaikan Nautilus; penambahbaikan dari segi potong/tampal antara aplikasi dan penyepaduan freedesktop.org. Menambah: Pemidang PDF Evince; Tema lalai baru: Clearlooks; penyunting menu; pengurus keyring dan radas admin. Berasaskan GTK+ 2.8 dengan sokongan cairo.[23]
2.14Mac 2006Peningkatan prestasi (melebihi 100% dalam kes-kes tertentu); penambahbaikan kebolehguaan dalam keutamaan pengguna; rangka kerja multimedia GStreamer 0.10. Menambah: aplikasi sidang video Ekiga; radas carian Deskbar; penyunting kurungan Pessulus; penukaran pengguna pantas; radas sistem pentadbiran Sabayon.[24]
2.16September 2006Peningkatan prestasi. Adds: Tomboy notetaking application; Baobab disk usage analyser; Orca screen reader; GNOME Power Manager (improving laptop battery life); improvements to Totem, Nautilus; compositing support for Metacity; new icon theme. Based on GTK+ 2.10 with new print dialog.[25]
2.18Mac 2007Peningkatan prestasi. Menambah: perisian keselamatan GPG Seahorse, membolehkan penyulitan emel dan fail-fail setempat; penganalisis penggunaan cakera Baobab ditambah baik supaya menyokong paparan carta cincin; pembaca layar Orca; penambahbaikan ke atas Evince, Epiphany dan GNOME Power Manager, Volume control; dua permainan baru, GNOME Sudoku dan glchess. Pengekodan audio MP3 dan AAC.[26]
2.20September 2007Keluaran ulang tahun ke-10. Kefungsian sandaran Evolution; penambahbaikan Epiphany, EOG, GNOME Power Manager; pengurusan keyring kata laluan dalam Seahorse. Menambah: Penyuntigan borang PDF bagi Evince; carian bersepadu dalam dialog-dialog pengurus fail; pemasang kodek multimedia automatik.[27]
2.22Mac 2008Penyertaan Cheese, radas untuk menangkap gambar menggunakan webcam dan Remote Desktop Viewer; sokongan penggubahan tetingkap asas bagi Metacity; pengenalan GVFS; sokongan playback yang ditambah baik untuk DVD dan YouTube, sokongan MythTV bagi Totem; aplet jam yang diantarabangsakan; sokongan Google Calendar dan mengtag pesanan dalam Evolution; penambahbaikan bagi Evince, Tomboy, Sound Juicer dan Calculator.[28]
2.24September 2008Penyertaan pengutus segera Empathy, Ekiga 3.0, penyemaklewakan bertab Nautilus, sokongan berbilang layar yang lebih baik dan sokongan TV digital yang dipertingkatkan.[29]
2.26Mac 2009Aplikasi peleburan cakera baru Brasero, perkongsian fail yang lebih mudah, peningkatan pemain media, sokongan monitor berganda dan sokongan pembaca cap jari.[30]
2.28September 2009Modul GNOME Bluetooth ditambah. Pelayar web Epiphany, pengutus segera Empathy, Time Tracker, serta kebolehtercapaian dipertingkatkan. Naik taraf kepada GTK+ versi 2.18.[31]
2.30Mac 2010Pengurus fail Nautilus, pelanggan IM Empathy, Tomboy, Evince, Time Tracker, Epiphany, dan Vinagre dipertingkatkan. Peranti-peranti iPod dan iPod Touch kini disokong secara separa menerus gvfs dengan bantuan libimobiledevice. GTK+ 2.20 digunakan.[32]
2.32September 2010Rygel dan GNOME Color Manager ditambah. pelanggan IM Empathy, Evince, pengurus fail Nautilus dan lain-lain dipertingkatkan. 3.0 dirancang untuk dikeluarkan pada bulan September 2010, maka sebahagian besar usaha pembangunan sejak 2.30 menuju kepada 3.0.[10]
3.0April 2011GNOME Shell diperkenalkan. Rangka kerja penetapan yang direka semula dengan pilihan yang lebih sedikit tetapi lebih fokus. Bantuan berorientasikan topik berasaskan bahasa penanda Mallard. Penggentingan tetinggkap secara bersebelahan. Tema visual serta fon lalai yang baru. Pemakaian GTK+ 3.0 yang pengikatan bahasanya, pentemaannya, sokongan sesentuhnya, dan sokongan berbilang pelantarnya dipertingkatkan. API yang sudah lama basi dibuang.[33]
3.2September 2011Sokongan Akaun Atas Talian. Sokongan Aplikasi Web. Pengurus Kenalan. Pengurus Dokumen dan Fail. Pratonton Pantas Fail dalam Pengurus Fail. Penyepatudan yang lebih bagus. Pendokumenan yang lebih baik. Rupa yang diperbaiki dan pelbagai penambahbaikan prestasi.[34]

Rujukan

WikiPedia: GNOME http://arstechnica.com/news.ars/post/20070919-gnom... http://arstechnica.com/news.ars/post/20080714-gnom... http://linuxtoday.com/news_story.php3?ltsn=2000-09... http://www.osnews.com/story/22224/GNOME_2_28_Relea... http://www.osnews.com/story/23092/GNOME_2_30_Relea... http://www.phoronix.com/scan.php?page=article&item... http://primates.ximian.com/~miguel/gnome-history.h... http://www.figuiere.net/hub/blog/?2005/06/12/220-g... http://web.archive.org/web/20100514071800/http://d... http://web.archive.org/web/20100824183314/http://d...